fb fb fb fb fb

Sempena TBC, JBPM Negeri Sembilan tingkat rondaan

SEREMBAN, 20 Januari - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan meningkatkan aktiviti rondaan serta melakukan pemeriksaan melibatkan 90 premis tumpuan orang ramai terutama pasaraya dan pusat beli belah.

Pemeriksaan dilaksanakan bermula pada 2 hingga 30 Januari ini, sempena Perayaan Tahun Baru Cina.

Menurut Pengarahnya, Hamdan Ali pemeriksaan yang dilaksanakan merangkumi sistem keselamatan dengan memastikan setiap peralatan sistem dan pemadam api dapat digunakan khususnya ketika waktu kecemasan.

"Pemeriksaan lebih tertumpu sebenarnya penting masa perayaan ini pelepasan diri sebab selalunya pabila masa perayaan, banyak barang-barang, Kadang barang barang tu tidak boleh disimpan di tempat tertentu.

(Hamdan Ali beramah mesra dengan orang ramai di salah sebuah premis makanan)

"Jadi ia akan mungkin menghalang laluan keluar, jadi kita tumpukan lebih pada jalan keluar, jadi kalau berlakunya, satu kebakaran itu kita dapat elakkan, dikesan awal awal dan kita boleh pastikan orang boleh keluar dengan selamat," kata Hamdan ketika ditemui pada Program Kempen Keselamatan Kebakaran Peringkat Zon 3NS Jempol Sempena Tahun Baharu Cina di Bahau, di sini.

Media Baharu