fb fb fb fb fb

Pelajar UPM hilang ditemukan di Larkin, Johor

(Mohd Irfan Hakimi Azhar merupakan pelajar UPM dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas )

JOHOR BAHRU, 20 Januari- Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Mohd Irfan Hakimi Azhar yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lepas, ditemukan di Terminal Bas Larkin Sentral, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pelajar berusia 22 tahun itu telah dibawa pulang ke rumahnya di Selangor oleh bapanya sendiri.

“Pelajar itu ditemukan seorang diri pada pukul 5.00 petang, dalam keadaan sihat. Bapanya telah bawa pelajar itu balik ke rumah di Selangor semalam,” katanya dalam satu kenyataan.

Rabu lepas, media melaporkan polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Mohd Irfan yang menginap di asrama pelajar di UPM, Serdang, yang dilaporkan hilang dari universiti itu sejak Jumaat.


(Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat)

Media Baharu