fb fb fb fb fb

Sembilan PATI ditahan, ceroboh perairan negara - TLDM

KOTA TINGGI, 8 Mei- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menceroboh perairan negara melalui jalan laut tidak diwartakan di perairan Johor Selatan kira-kira 9.45 malam semalam.

Suspek, lapan lelaki dan seorang wanita dipercayai warga negara Indonesia berusia 20 hingga 40-an.

Menerusi kenyataan TLDM, Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia mengesan bot mencurigakan berkelajuan tinggi bergerak dari Pulau Batam, Indonesia disyaki menuju ke perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi.

Menyedari kehadiran bot-bot TLDM di lokasi, bot PATI cuba meloloskan diri namun cubaan itu digagalkan dan semua PATI berjaya ditahan di 1.5 batu nautika selatan Teluk Ramunia.

PATI ditahan dibawa ke Jeti Pos Maritim Pengerang dan diserah kepada Tim Op Merpati untuk soal siasat dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada polis.


(PATI yang ditahan dibawa ke Jeti Jeti Pos Maritim Pengerang dan diserah kepada Tim Op Merpati untuk soal siasat)

Media Baharu