fb fb fb fb fb

Lelaki alami masalah mental dikhuatiri lemas

TEMERLOH, 8 Mei - Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Kampung Raja, Sungai Semantan di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi itu, mangsa berusia 30 tahun dikatakan menunggang motosikal ke lokasi berkenaan sebelum terjun ke sungai.

Sejurus menerima maklumat, seramai 24 anggota termasuk bomba dari Balai Bomba Penyelamat Temerloh, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah digerakkan ke lokasi.


(Lokasi mangsa yang dipercayai terjun di Jambatan Kampung Raja, Sungai Semantan)

Katanya, operasi mengesan mangsa dilakukan di bawah jambatan dan sekitar tebing Sungai Semantan.

Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin juga telah diarahkan ke tempat kejadian untuk mengesan mangsa sepanjang sungai tersebut.

Sehingga kini, operasi pencarian masih diteruskan.

Media Baharu