fb fb fb fb fb

Banjir: Satu PPS dibuka di Kerian

Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

BAGAN SERAI, 20 September- Hujan lebat dan fenomena air pasang besar sejak empat hari lalu di Daerah Kerian menyebabkan kejadian banjir di Mukim Beriah.

Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, 6.00 petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah dalam satu kenyataan memaklumkan PPS berkenaan menempatkan 16 penduduk daripada tiga keluarga terjejas banjir dari Kampung Matang Tengah.

Mereka terdiri daripada enam lelaki, tiga wanita dan tujuh kanak-kanak.

Seramai 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berada di PPS untuk menyelaras keperluan penduduk terjejas.

Sementara itu, laluan FT147 Jalan Bagan Serai-Selama ditutup kepada semua jenis kenderaan ringan berikutan limpahan air sungai berhampiran.

ROSLINA BINTI DIN