fb fb fb fb fb

St John Ambulans Malaysia gerakkan Kempen Derma Darah

KANGAR, 8 Mei - St John Ambulans Malaysia Negeri Perlis menggerakkan Kempen Derma Darah melibatkan masyarakat di Perlis dalam usaha membantu mengatasi kekurangan bekalan darah di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Program selama 5 jam yang dilaksanakan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang tadi dengan kerjasama Unit Tranfusi Darah, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar berjaya mengumpul sebanyak 32 pek darah.

Menurut Pemangku Pemerintah St John Ambulans Malaysia Negeri Perlis, K.Kunasegaran, sasaran awal ditetapkan pihaknya ialah sebanyak 30 pek darah dapat dikumpul hasil pendermaan orang ramai.


(Kempen Derma Darah yang dianjurkan St John Ambulans Malaysia Negeri Perlis)
 

Namun sambutan begitu mengalakkan, dimana dalam tempoh berkenaan sebanyak 39 penderma hadir tetapi hanya 32 penderma yang layak untuk menderma pek darah.

Program Derma Darah anjuran St John Ambulans ini berlangsung di 15 lokasi seluruh negara dengan melibatkan kerjasama pelbagai pihak supaya bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada di paras selamat dalam menghadapi kes kecemasan, bukan sahaja di negeri Perlis tetapi seluruh negara.

Usaha ini turut disokong Pakar Perubatan Transfusi, Jabatan Patalogi HTF, Dr Wan Noor Falah Wan Yahaya, dimana secara purata setiap bulan HTF memerlukan sebanyak 700 pek darah terutamanya untuk rawatan kecemasan, kes kemalangan, talasemia dan leukemia.

Media Baharu