fb fb fb fb fb

Sematan bakal punyai hotel bertaraf antarabangsa

KUCHING, 11 Jun - Dua hotel bertaraf antarabangsa akan dibangunkan di Sematan, sebuah pekan terletak kira-kira 107km ke arah barat bandar raya ini, menerusi pelaburan swasta berjumlah RM120 juta.

Demikian dinyatakan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Pontoon dan Landskap Tebingan Sungai Sematan di pekan itu.

Tanpa menyatakan secara spesifik syarikat swasta yang terlibat, beliau berkata pelaburan ini adalah sejajar dengan Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk menggunakan dana swasta dalam pembangunan Sarawak.

(FOTO HIASAN)

“Mereka (pelabur pembangunan hotel itu) telah menunjukkan kepada saya reka bentuk hotel yang hendak dibina itu yang saya lihat menyerupai Palm Hotel di Dubai (Emiriah Arab Bersatu). Sematan akan menjadi seperti Dubai kelak,” katanya di sini.

Pembinaan hotel itu akan dijalankan dalam tempoh tiga tahun ini bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung luar negara untuk ke daerah itu.

Menurutnya kemudahan penginapan ini akan melengkapkan usaha kerajaan Sarawak dalam menyediakan infrastruktur utama seperti penaiktarafan jalan raya, bekalan elektrik dan air ke Sematan yang terletak di Lundu, daerah paling hujung sebelah barat daya negeri ini.

Media Baharu