fb fb fb fb fb

SDG, idea dan kreativiti anak muda ditagih - KBS

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Idea serta semangat golongan belia amat dialukan bagi mencapai matlamat yang digariskan dalam 17 agenda Pembangunan Matlamat Lestari (SDG).

Penyertaan golongan tersebut dalam sidang kemuncak itu merupakan bukti komitmen dan kesedaran terhadap cabaran yang bakal mereka hadapi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu berkata penglibatan anak muda bakal menjadi tunjang kelestarian negara pada masa hadapan.

"Alhamdulillah, dapat diadakan dengan penyertaan daripada pelbagai pihak anak-anak muda yang akan terbabit dan hari ini juga kita telah menyaksikan majlis menandatangani memorandum bersama dengan wakil pertubuhan belia seluruh negara untuk mereka dijadikan sebagai agen Pembangunan Matlamat Lestari," kata Faizal selepas berucap dalam Program ‘The Malaysian SDG Youth Summit 2022' di ibu negara.

Selain itu, KBS juga mempunyai beberapa program yang terbaik selaras dengan SDG seperti MyCorps, Perdana Fellowship, Sekolah SDG di bawah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan ‘kata dua’ di bawah IMPACT.

Beliau turut menyeru golongan muda menjadikan pendidikan sebagai keutamaan dalam usaha membasmi kemiskinan.


(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Azumu)

Media Baharu