fb fb fb fb fb

Semangat patriotik menjadi landasan kepada generasi muda

(Presiden Karyawan Pulau Pinang, Datuk Dr Sohaimi Abdul Aziz ketika ditemui pemberita RTM)

GEORGE TOWN, 22 Ogos- Generasi muda perlu memainkan peranan dalam menjiwai semangat kemerdekaan dan mengekalkan budaya itu selama-lamanya.

Ini bagi menyemai semangat kenegaraan dalam kalangan generasi muda masa kini.

Presiden Karyawan Pulau Pinang, Datuk Dr Sohaimi Abdul Aziz berkata, orang muda perlu memperhalusi semangat kemerdekaan dalam erti kata sebenar, "pada masa yang sama orang muda melihat kemerdekaan ini tidak bererti kerana keadaan dan suasana tidak menentu, ekonomi tidak menentu, survival adalah realiti yang tidak dapat dielak."

Justeru, walau apa cabaran yang dihadapi, semangat patriotisme perlu menjadi landasan hidup supaya tidak terpesong dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

Beliau turut menambah, "kita orang yang bertanggungjawab harus tidak putus asa untuk memupuk semangat kemerdekaan, semangat patriotik mesti ada sayang pada negara mesti ada walaupun keadaan negara macam mana pun."

Beliau berkata demikian selepas Majlis Apresiasi Puisi Merdeka di Universiti Sains Malaysia (USM).

Majlis itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut serta dalam majlis sama ialah Sasterawan Negara, Dato Seri A.Samad Said.

Ia adalah satu platform untuk persembahan puisi merentasi seni budaya dengan gandingan muzik dalam usaha menzahirkan rasa apresiasi dalam bidang seni.

Menurut Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamad Adikan, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), "sentiasa menyokong program yang berkaitan dengan tanah air dan sambutan hari ini pun memberangsangkan."

Objektif majlis diadakan bagi memartabatkan puisi dan diangkat ke tahap seni budaya, seni muzik dan seni silat dengan tema kemerdekaan yang lebih meluas dalam zaman teknologi moden hari ini.

(Sasterawan Negara, Dato Seri A.Samad Said dalam Majlis Apresiasi Puisi Merdeka di
Universiti Sains Malaysia (USM)

Media Baharu