fb fb fb fb fb

Semakan hukuman banduan, 924 permohonan dikemuka setakat 31 oktober

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh

KUALA LUMPUR, 6 November- Sebanyak 924 permohonan semakan hukuman bagi banduan yang dikenakan hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat telah dikemukakan kepada mahkamah setakat 31 Oktober lepas.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.

Beliau berkata, jumlah itu melibatkan 807 semakan hukuman mati mandatori dan 117 semakan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat.

"Melalui statistik Jabatan Penjara, 1,020 banduan akan menerima manfaat susulan daripada penguatkuasaan Akta 847 ini.

"Pendengaran kes pertama bagi semakan hukuman di bawah Akta 847 akan diadakan pada 14 November ini di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya. Kes Pertama di Mahkamah Persektuan akan didengar", katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi jabatan itu hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo meminta penjelasan mengenai jumlah permohonan semakan hukuman bagi banduan yang dibuat setakat ini.

Ia termasuk kos yang terlibat dalam proses permohonan tersebut.

ROSLINA BINTI DIN