fb fb fb fb fb

Seludup arak tanpa cukai, lelaki tempatan ditahan

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz

MUAR, 31 Oktober - Seorang lelaki disyaki terlibat kegiatan penyeludupan arak tanpa cukai ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis di Jalan Sengkang Pagoh, di sini 23 Oktober lalu.

Nilai keseluruhan rampasan ialah RM1.3 juta, siasatan awal mendapati kegiatan haram dijalankan suspek berusia 37 tahun selama tiga minggu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata sebanyak 859 kotak arak pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai bernilai RM737,296 dan sebuah lori turut dirampas menerusi serbuan itu.

"Suspek bertindak seorang diri lori milik dia sendiri daftar atas nama syarikat dia sendiri. Jadi apabila menerima panggilan untuk datang ke premis untuk mengambil barangan dan dia akan ambil barang dan dihantar ke alamat-alamat yang dinyatakan rakan sejenayah dia juga lah," kata Raiz Mukhliz, di sini.

Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

TETITIA YUSOFF