fb fb fb fb fb

Selangor teruskan sumbangan dana terbitkan karya sastera terkenal - Amirudin

Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Program Pemukiman Sasterawan dan Karyawan bersempena
sambutan 50 Tahun Jubli Emas Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor 

PETALING JAYA , 15 Julai- Usaha memartabatkan kesusasteraan melalui penghayatan karya agung Sasterawan Negara.

Kerajaan negeri Selangor bersedia meneruskan pemberian dana kepada golongan berkenaan.

Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu pernah dilaksanakan sebelum ini iaitu pada 2018 namun terhenti akibat penularan pandemik COVID-19.

"Bagi memartabatkan lagi bidang seni Selangor ke peringkat antarabangsa, kelas latihan melibatkan tenaga pengajar daripada kalangan pengkarya terkenal akan dianjur.

“Perkara tersebut akan diteliti serta dibincang semula dan mungkin kos sumbangan dinaikkan lagi kepada RM200,000 mengikut keperluan,” katanya ketika Program Pemukiman Sasterawan dan Karyawan bersempena sambutan 50 Tahun Jubli Emas Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di sini.

Dalam program itu beliau turut bertemu penggiat seni termasuk tujuh Sasterawan Negara yang mengemukakan beberapa pandangan bagi mengembangkan seni di Selangor.

(Foto fail)

Media Baharu