fb fb fb fb fb

Selangor Mega Job Fair 2022 tawar 30,000 peluang pekerjaan

SERDANG, 11 Disember - Program "Selangor Mega Job Fair 2022" menawarkan 30,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor yang melibatkan 300 syarikat.

Program itu diadakan bertujuan mengekalkan kadar pengangguran di negeri Selangor bawah 4%.

Exco Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata lebih 10,000 pencari kerja disasar hadir ke program berkenaan.

"Kalau 10,000.. 30 peratus, dalam 4,000 yang mendapat pekerjaan..itu bagus," kata Mohd Khairuddin di sihi.

Dalam pada itu, bagi suku tahun ketiga tahun ini menunjukkan penurunan kadar pengangguran di Negeri Selangor daripada 4.3 peratus kepada 3.2 peratus.

Antara syarikat yang mengambil bahagian adalah PROTON, Pos Malaysia, Prasarana, Puncak Niaga Holdings dan Harvey Norman.

(Mohd Khairuddin ketika bercakap dalam sidang media)

Program diadakan selama 2 hari bermula semalam, pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang, bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, dianjurkan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang selangorjobportal.com.my.

Media Baharu