fb fb fb fb fb

Program Jualan Murah manfaatkan masyarakat setempat

LABUAN, 11 Disember - Program Jualan Murah mampu memberikan manfaat kepada masyakarat di sini khususnya kepada golongan B40 yang terkesan dengan kos sara hidup.

Program seumpama ini menepati hasrat kerajaan yang komited untuk meringankan beban rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata program Jualan Murah yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan pihaknya diteruskan sehingga hujung tahun ini, sebagai membantu meringankan beban rakyat daripada segi perbelanjaan keperluan harian.

Pelaksanaan itu selaras pengumuman Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk meneruskan usaha yang dilakukan demi membantu rakyat.

"Jadi untuk itu yang saya katakan, program itu masih diteruskan sehinggalah hujung tahun ini yang mana program itu ada lapan barang yang telah pun dikenal pasti untuk kita memberikan subsidi sedikit supaya harga dapat dikurangkan, " kata Rithuan di sini.

(Rithuan ditemui pemberita selepas menyampaikan amanat
pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Perbadanan Labuan, semalam)

Majlis itu turut melancarkan Pelan Strategik Perbadanan Labuan 2022-2026 dan Pelan Strategik Pendigitalan Perbadanan Labuan 2022-2026.

Media Baharu