fb fb fb fb fb

Tumpu terhadap isu keselamatan dan kedaulatan negara - Mohamad Hasan

PUTRAJAYA, 11 Disember - Isu melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara perlu diberi perhatian serius.

Jelas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan, ia menjadi faktor utama yang dinilai oleh para pelabur sebelum membuat urusniaga di negara ini.

Kesiapsiagaan negara perlu sentiasa berada pada tahap terbaik bagi menjamin kestabilan dan keamanan sekali gus menarik minat pelabur asing.

"Isu keselamatan dan kedaulatan negara ini amat penting kerana pelabur-pelabur, negara luar melihat dengan dekat akan tahap keselamatan kita.

(Mohamad Hasan bercakap dalam sidang media
pada Majlis Graduasi Pusat Pertahanan Nasional PUSPAHANAS semalam)

"Dan tiada ada siapa yang akan datang membawa modal atau pun melabur di negara yang stabilitinya tidak ada dan tidak mempunyai tahap kesiapsiagaan keselamatan yang baik," kata Mohamad Hasan di sini.

Terdahulu, beliau turut memaklumkan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) bakal dijadikan Pusat Kecemerlangan Pertahanan Negara di rantau ini.

Media Baharu