fb fb fb fb fb

Selangor kutip lebih RM3 juta, pembangunan bandar wakaf di Gaza

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari

SHAH ALAM, 7 Julai - Kerajaan Selangor berjaya kumpul dana lebih RM3 juta bagi merealisasikan pembangunan bandar wakaf di Gaza.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, dana itu bertujuan pelaksanaan dan pembangunan seperti Pangsapuri Darul Ehsan, Masjid Darul Ehsan dan Menara Tangki Air Darul Ehsan di Gaza.

Beliau menyeru seluruh masyarakat khususnya rakyat Selangor untuk bersama-sama membantu menyalurkan sumbangan dalam usahan merealisasikan hasrat tersebut.

"Kita kena ingatkan kita buat masjid kita buat pangsapuri dan kita buat tangki untuk masyarakat di Gaza, tetapi itu semua selepas aman. Jadi sekarang ini usaha untuk sumbangan awal dan kemanusian dulu," kata Amiruddin.

Beliau berkata demikian selepas program 'Recharge:Gaza Bangkit Sesi Hi tea bersama Ustaz Abdul Somad', di sini.

Pada 28 Mac lalu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.

Melalui tabung berkenaan kerajaan negeri menyasarkan kutipan sebanyak RM8.7 juta bagi membangunkan semula wilayah berkenaan.

Pembangunan Bandar Wakaf Malaysia Gaza itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

TETITIA YUSOFF