fb fb fb fb fb

Selami kehidupan sebenar anggota tentera, 49 petugas RTM ikuti latihan ketenteraan

KUALA LUMPUR, 12 September - Seramai 49 petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) terdiri daripada juruhebah dan wartawan akan menjalani latihan ketenteraan di bawah Program Aspirasi Hari Malaysia 2022.

Kesemua mereka akan merasai tinggal di dalam kem tentera, menjalani latihan menembak, berkawad serta ikhtiar hidup.

Penolong Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Azhan Md Othman berkata Kolaborasi strategik antara RTM dan Tentera Darat Malaysia itu bertujuan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan mengetahui rutin harian anggota keselamatan.

(Penolong Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Azhan Md Othman)

"Saya percaya apa juga yang kita laksanakan kepada mereka untuk tiga hari yang akan datang ini pertamanya adalah untuk menyemai semangat patriotik dan itu adalah satu perkara yang amat penting dalam pembentukan negara malaysia ini.

"Di pihak tentera darat, ia adalah platform penting sebagai promosi kepada rakyat malaysia tentang tugas dan tanggungjawab kami dan pentingnya peranan dalam mempertahanakan negara kita," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan peserta Program Aspirasi Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri.

Kesemua 49 petugas RTM tersebut akan menjalani latihan di Kem Tun Ibrahim Kajang selama empat hari sehingga Khamis ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Program Radio, Puan Nor'Ain Bakir berharap sekembalinya bertugas, pengalaman bermakna juruhebah radio yang mengikuti program ini dapat dikongsi bersama pendengar radio RTM.

(Pengarah Bahagian Program Radio, Puan Nor'Ain Bakir)

"Ini adalah satu platform terbaik untuk para penerbit kita dan warga RTM mendalami suasana dan menimba pengalaman sebagai askar dan anggota tentera walaupun dalam tempoh dua tiga hari ini.

"Saya harap aktiviti yang dianjurkan itu sedikit sebanyak dapat menanam semangat jati diri dalam kalangan para penyampai dan penerbit kita seterusnya mengaplikasikan dan menyampaikan kepada rakyat," katanya.

Media Baharu