fb fb fb fb fb

Agong tinjau persekitaran Istana Besar Johor

Sultan Ibrahim (tengah)/Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 18 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat melakukan aktiviti berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer bagi meninjau persekitaran Istana Besar Johor, pagi tadi.

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Aktiviti itu turut disusuli dengan lawatan ke Taman Botani Diraja Johor sebagai sebahagian daripada program santai Seri Paduka Baginda.

ASHRIQ FAHMY AHMAD