fb fb fb fb fb

Sektor perladangan akan dimodenkan - Fadillah

(Foto Fadillah Yusof)

KUALA TERENGGANU, 27 Jun- Kerajaan akan memodenkan sektor perladangan menggunakan mekanisasi dan automasi dalam usaha menarik minat golongan muda berkecimpung dalam sektor berkenaan.

Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata di bawah Institut Perladangan Dan Komoditi Malaysia melatih belia melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menggunakan mesin dan automasi dalam bidang perladangan.

Beliau yang juga menteri perladangan dan komoditi mahu golongan belia terlibat penyelidikan bagi memastikan mereka bukan sahaja boleh menggunakan mesin tetapi boleh menciptanya untuk digunakan dalam sektor perladangan.

"Kalau ia dapat dimodenkan, kita akan dapat meningkatkan produktiviti.

"Jika peningkatan produktiviti, gaji mereka juga akan bertambah dan pendapatan syarikat bertambah.

"Kita perlukan generasi muda untuk berkecimpung dalam industri ini supaya mereka dapat meningkatkan dan meneruskan sektor perladangan yang diusahakan generasi sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sembang Santai Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini.


(Foto Fadillah Yusof)

Media Baharu