fb fb fb fb fb

Sektor pelancongan terus diperkasa, menjelang TMM 2026 - Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 26 Oktober- Usaha bersepadu pemain industri perhotelan perlu giat diperkasa sebagai persiapan menarik lebih ramai pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi usaha itu sekali gus akan mendokong inisiatif Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meningkatkan imej negara.

"Dalam usaha kita untuk menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara. Pelancongan adalah pendapatan kedua terbesar negara merangkumi inap desa hingga hotel bertaraf enam bintang. Kita harus ada usaha yang bersepadu untuk kita mempromosi nama Malaysia.

Saya minta daripada segi hospitaliti industri ini, kita mahu rakyat Malaysia yang terkenal dengan kemesraan turut mempromosikan produk pelancongan negara sepertimana tanggungjawab yang digalas MOTAC," kata Dr. Ahmad Zahid kepada pemberita, hari ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan Kabinet berkata demikian selepas hadir ke Majlis Pra-Pelancaran Hotel Teedo di ibu negara, pada Jumaat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM