fb fb fb fb fb

Sekolah Rukun Negara beri kefahaman sistem demokrasi, kenegaraan

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Sekolah Rukun Negara menjadi platform yang dibangunkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan sistem demokrasi serta kenegaraan.

Manakala pembangunan modul sekolah tersebut dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan termasuk ahli akademik, badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim menjelaskan program ini memperlihatkan keseriusan KBS dalam memastikan belia melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai bidang.

Program yang bersifat latihan dengan tiga fasa utama turut menekankan pelbagai elemen termasuklah falsafah kenegaraan dan demokrasi, Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya dan kesaksamaan gender.

"Sekolah Rukun Negara fasa asas telah berjaya melibatkan penyertaan 76,166 belia.

"Pelaksanaan fasa pertengahan dan lanjutan bagi program ini dirancang untuk dilaksanakan bermula pada tahun hadapan.

"Selain daripada menggunakan pendekatan secara bersemuka, kementerian ini turut melaksanakan pendidikan demokrasi menggunakan pendekatan digital melalui media sosial dan jumlah tontonan terhadap bahan-bahan ini telah mencecah 6.8 juta," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Pulai, Suhaizan Kaiat di Parlimen di sini.


(Sekolah Rukun Negara fasa asas telah berjaya melibatkan penyertaan 76,166 belia.)

Media Baharu