fb fb fb fb fb

Cukai baharu bukan antimaha kaya, keadilan golongan rentan - PM

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa kerajaan memberi keutamaan dan tanggungjawab dalam menutup ketirisan dan meningkatkan ekonomi negara sebelum menimbangkan cukai penggunaan baharu.

Beliau menerusi hantaran di Facebooknya berkata, sepatutnya kerugian berpuluh bilion ringgit yang sekian lama ditanggung kerajaan perlu ditangani segera demi kesejahteraan rakyat.

"Saya menekankan yang saya bukan antimaha kaya, namun kita haruslah bersifat adil kepada golongan rentan yang memerlukan," katanya.

Menerusi penyelarasan subsidi yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 beliau berkata, ia bagi memastikan kerajaan tidak membazirkan wang rakyat dengan menyenangkan lagi golongan yang mampu.

"Bukanlah untuk membebankan rakyat, ia adalah untuk memastikan kerajaan tidak membazirkan wang rakyat dengan menyenangkan lagi golongan yang mampu.

"Intiha (akhir sekali), amatlah penting untuk kerajaan mengambil tanggungjawab dan menjaga tata kelola (tadbir urus) agar Malaysia menjadi sejahtera dan adil kepada semua," katanya selepas meluncurkan simposium “The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia” anjuran Social Wellbeing Research Centre, Universiti Malaya, di sini.

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba Universiti Malaya untuk merasmikan
simposium “The Path Towards Greater Prosperity 
for Malaysia”
anjuran Social Wellbeing Research Centre)

Media Baharu