fb fb fb fb fb

Sekolah Agama Kerajaan Johor disaran perkasa, gerakkan persatuan alumni

Foto FB Onn Hafiz Ghazi

JOHOR BAHRU, 24 Julai- Sekolah Agama Kerajaan Johor disaran untuk memperkasa dan menggerakkan persatuan alumni bagi membantu serta menyumbang semula kepada tambah baik keperluan sekolah masing-masing.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pendekatan itu dilihat dapat membantu pihak sekolah mencari dana lain, selain yang diperuntukkan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau menjadikan Maktab Sultan Abu Bakar dan Sekolah Tun Fatimah di Johor Bahru yang berjaya memperkasakan persatuan alumni, sehingga berjaya mengumpul dana sehingga RM1 juta.

"Jadi saya nak cadangkan kalau boleh ramai je nak infak, nak bantu alhamdulillah bila kita buat Program Semarak Subuh setiap minggu ramai individu yang tampil untuk membantu.

"Tapi kalau kita tak rencakan, kita strategikan begitu dia (penyumbang) tak bagi, sebab dia tak tahu saluran.

"Saya yakin ramai orang Johor yang dah berjaya, baru nak menyumbang balik kepada negeri Johor, cuma kita kena buka 'channel' (saluran) untuk mereka menyumbang kembali," katanya semasa berucap dalam Majlis Sambutan Hari Guru Agama Sekolah Kerajaan Negeri Johor di sini.

Dalam masa sama, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid yakin idea itu bernas dan telah digunakan di beberapa buah sekolah serta mengakui perkara berkenaan belum dimulakan di semua sekolah agama.

Beliau turut menyambut baik cadangan tersebut dan akan melaksanakannya dengan kadar segera selepas mengadakan perbincangan berhubung perkara itu. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM