KUALA LUMPUR, 3 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak agar bersederhana dalam menyambut iftar bagi menghayati roh dan semangat Ramadan yang sedang dirasai ketika ini.
"Saya sampaikan amanat tersebut dalam Perjumpaan Bersama Warga JPM bagi Bulan Mac 2025 pagi ini dan menitipkan pesanan agar melebihkan sumbangan kepada yang memerlukan tetapi tidak berlebihan daripada segi makan minum, perkakasan dan perhiasan.
"Setiap warga perlu menggunakan kehadiran Ramadan ini dalam mengukuhkan keyakinan ibadah kepada Allah SWT, memupuk integriti, disiplin, dan kejujuran agar kita lebih insaf dalam kegiatan kita," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di Facebook.