fb fb fb fb fb

Sebuah kereta dihempap pokok akibat angin kuat

Sebuah kereta dihempap sebatang pokok di Pelindung, Kuantan

KUANTAN, 23 Disember- Kejadian angin kuat di Pelindung, di sini petang tadi menyebabkan sebuah kenderaan rosak akibat dihempap sebatang pokok tumbang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan Kapten Shaifu Nizam Ab Rahman berkata, pihaknya menghantar jentera ke kawasan terlibat susulan kejadian itu, kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Kerja-kerja mengalih dan memotong pokok dilakukan dalam tempoh satu jam.

"Kami menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat sebuah kereta telah dihempap pokok.

"Anggota kami kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan memotong pokok tersebut dan melakukan kerja-kerja pembersihan," katanya.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain tiada maklumat berkenaan pemilik kereta belum dikenal pasti.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI