fb fb fb fb fb

Sebarang perubahan di Antartika beri impak kepada Malaysia

Penyelidik Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Wan Mohd Rauhan Wan Hussin di Antartika / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 26 Februari - Malaysia tidak akan terlepas daripada setiap perubahan yang berlaku di benua Antartika walaupun berada jauh daripada kutub tersebut.

Penyelidik Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Wan Mohd Rauhan Wan Hussin, berkata pelbagai cabaran dalam mengkaji benua tersebut.

"Perubahan pemanasan global terhadap organisma yang berada di Antartika dan boleh memberi kesan sehingga kepada perubahan iklim atau pemanasan global secara lebih besar termasuklah kesan kepada negara kita.

"Bila Antartika ini semakin panas di perairan berdekatan dengan antartika semakin panas bila perairan lautan semakin panas akhir sekali ke perairan berdekatan negara kita", katanya yang ditemui selepas ditemu bual di program Selamat Pagi Malaysia di sini.

Katanya, Malaysia sekali lagi menyatakan komitmen sebagai negara aktif yang memandang serius dalam isu alam berkaitan Antartika menerusi penubuhan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) pada Julai 2012.

Walaupun negara tidak mempunyai pangkalan penyelidikan rasmi di benua beku itu, namun dengan sumbangan dana ia cukup menzahirkan hasrat Malaysia untuk membantu penyelidik mendapatkan kerjasama dengan saintis dari negara lain.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD