fb fb fb fb fb

Sebahagian bangunan SK St Peter Kudat musnah dalam kebakaran

Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah

KUDAT, 25 September- Sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) St Peter Kudat musnah 40 peratus, manakala bangunan stor sekolah musnah sepenuhya dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Pusat gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerusi kenyataan memaklumkan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.58 pagi sebelum sepasukan 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba dibantu tujuh anggota pasukan bomba sukarela dan memadam kebakaran menggunakan satu aliran 300 kaki, dua pancutan menggunakan sumber air dari jentera dan pili Bomba berhampiran.

Tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Operasi pemadaman tamat pada pukul 8.11 pagi.

ROSLINA BINTI DIN