fb fb fb fb fb

Satu PPS dibuka, mangsa banjir di Johor meningkat kepada 29 orang

JOHOR BAHRU, 6 Oktober- Satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pontian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom dibuka semalam menjadikan mangsa banjir kilat di Johor meningkat kepada 29 orang setakat pukul 8.00 pagi tadi berbanding 22 orang malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu PPS yang mula beroperasi pada pukul 4.00 petang itu menempatkan 19 orang daripada empat keluarga melibatkan penduduk dari Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS SK Sungai Linau di Kluang yang menempatkan penduduk dari Kampung Sungai Linau menurun kepada 10 orang daripada dua keluarga pagi ini.

(Foto fail)

Banjir kilat di negeri itu berlaku berikutan hujan lebat yang turun melebihi dua jam sejak pukul 10.00 pagi Ahad lepas.

Media Baharu