fb fb fb fb fb

Sasaran Pelan Pemulihan Pelancongan Malaysia dipendekkan kepada tiga tahun

SEGAMAT, 21 Mei - Sasaran lima tahun, Pelan Pemulihan Pelancongan Tourism Malaysia dipendekkan kepada tiga tahun dengan memfokuskan kemasukan pelancong dari India dan juga Timur Tengah.

Ia selepas Malaysia merekodkan penurunan kehadiran pelancong dari China.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara J.P berkata, perbincangan telah pun dibuat dengan Tourism Malaysia berhubung perkara itu.

Tambah beliau, persediaan dan perancangan menerima pelancong telahpun dibuat daripada sektor perhotelan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penutup Program Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) Kraf Catur Kayu Segamat, di, Segamat, Johor.

 


(Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr Santhara J.P)

Media Baharu