fb fb fb fb fb

Sarawak perlu kekal bersatu hadapi cabaran ekonomi

SARAWAK, 7 Disember- Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengajak rakyat untuk kekal bersatu padu dalam menghadapi cabaran ekonomi global tahun hadapan.

Dalam video ringkas yang dimuat naik di laman telegram rasmi beliau berkata semangat perpaduan amat penting.

"Kita perlu mengekalkan semangat perpaduan seperti yang telah dilakukan semasa COVID-19 bagi mengatasi cabaran masa hadapan," katanya dalam satu klip video.

Sementara itu, pembentukan Kerajaan Perpaduan daripada gabungan parti politik diyakini mampu membentuk sebuah kerajaan yang stabil walaupun
berlainan ideologi.

Bagi Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abd Wahab berkata Sarawak menyambut baik pembentukan kerajaan perpaduan selain menambah dan merancakkan lagi pembangunan di Sarawak.

(Sim Kui Hian)

Media Baharu