fb fb fb fb fb

Sarawak mampu jadi hab kajian klinikal taraf antarabangsa - KJ

(Lawatan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ke Hospital Umum Sarawak di Kuching hari ini/FOTO Khairy Jamaluddin)

KUCHING, 5 September - Sarawak mampu menjadi hab kajian klinikal bertaraf antarabangsa, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy optimis hasil daripada pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan Novartis Malaysia dan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM).

"Saya bangga kerana kita akan ada pusat percubaan klinikal pertama di HUS pada tahun depan.

"MoU ini akan menjadikan HUS sebagai pusat penyelidikan klinikal terpilih oleh Novatis, yang merupakan syarikat farmaseutikal antarabangsa," katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani MoU antara HUS, Novartis Malaysia dan CRM di HUS, di petang tadi.

Tambahnya lagi, Norvatis merupakan syarikat paling banyak menaja ujian klinikal di Malaysia dengan menerima sebanyak 215 ujian dan melepasi angka yang disasarkan pada tahun lepas.

Khairy berharap dengan termeterainya MoU ini mampu menangani jurang kesaksamaan kesihatan di Sarawak dengan memanfaatkan pakar perubatan yang berbakat kepada penyelidik untuk menggalakkan bekerja di rantau ini.

“Peluang untuk lebih banyak percubaan klinikal atau penyelidikan terkenal dunia yang akan dijalankan di negara kita dapat dipertingkatkan dan kesan limpahan daripada usaha niaga ini juga boleh dijadikan modal untuk menempatkan Malaysia sebagai hab penjagaan kesihatan yang inovatif,” katanya.

Khairy turut melihat dari perspektif pesakit bahawa ujian klinikal di rantau itu memberikan harapan kepada pesakit.

“Dengan adanya pemantauan yang rapi dan penilaian oleh sekumpulan pakar penjagaan kesihatan untuk memastikan keselamatan rawatan dan keberkesanan boleh menjadi penggalak semangat pesakit,” katanya.


Media Baharu