fb fb fb fb fb

Sarawak, Ketua Menteri kepada “Premier”


AYER KEROH, 21 Februari - Sarawak mempunyai hak dalam meminda perlembagaan mereka sendiri termasuk menukar perkataan Ketua Menteri kepada “Premier”.

Menurut Penyandang Krusi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, apa yang penting pindaan perlembagaan negeri itu tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

"Tetapi apabila saya melihat draf rang undang-undang, didapati draf rang undang-undang itu juga menyatakan bahawa, seperti mana dijumpai perkataan Ketua Menteri dalam mana-mana undang-undang itu, hendaklah dibacakan dengan perkataan 'Premier'. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa negeri Sarawak seperti mana juga negeri-negeri lain mempunyai perlembagaan negeri masing-masing. Setiap peruntukkan perlembagaan negeri tu hendaklah sentiasa selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan," kata Dr. Shamrahayu selepas Majlis Wacana Ilmu Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Auditorium Panggung Sari Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, di sini.

Majlis dirasmikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

 

Media Baharu