fb fb fb fb fb

Sarawak bakal bina projek mega libat pelabuhan laut

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKAS

KUCHING, 24 November - Sarawak memerlukan lebih ramai kepakaran jurutera hidraulik terutamanya dalam sistem air, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ini susulan Sarawak akan membina pelabuhan laut dalam dengan reklamasi pulau untuk meningkatkan keupayaan logistik, perdagangan, dan daya saing ekonomi.

"“Ini adalah projek mega kerana projek ini juga melibatkan terminal gas.

"Meskipun perairan Kuching cetek, namun solusi bagi situasi itu telah ditemui bagi merealisasikan projek tersebut.

“Kita akan membina pelabuhan pintar di Kuching, pelabuhan laut ini akan menjadi pelabuhan lain daripada yang lain," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) Sarawak 2024, di sini malam Ahad.

Tambah beliau, pelabuhan laut dalam itu dijangka menjadi pemangkin utama kepada pembangunan sektor perindustrian, eksport, dan pelaburan.

Ini termasuk pembinaan infrastruktur penting yang merangkumi 16 buah jambatan yang bernilai RM12 billion seluruh negeri.

Hadir sama ialah Timbalan Premier Sarawak Profesor Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi dan Presiden IEM Profesor Insinyur Jeffrey Chiang Choong Luin.

GRACE AISYAH KEDAYAN