fb fb fb fb fb

Saranan Menu Rahmah di IPTS

JOHOR BAHRU, 6 Februari - Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) disaran menyambut usaha kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah di IPTS masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara baik seperti Menu Rahmah perlu diteruskan semua pihak.

Justeru, kerajaan akan memastikan semua universiti awam di Malaysia dapat melaksanakan Menu Rahmah.

"Kita apabila sudah diperkenalkan dengan kerjasama dengan Datuk Salahuddin, kita akan pastikan semua universiti awam akan menyediakan ruang untuk melaksanakan, kita berharap perkara baik supaya IPTS turut menyambut," Khaled ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, di sini,

(Khaled ketika ditemui pemberita)


Media Baharu