fb fb fb fb fb

SAR ditangguh hingga 8.00 pagi

BATANG KALI, 17 Disember - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang belum ditemui dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic Farm, Goh Tong Jaya, di sini ditangguhkan atas faktor cuaca hujan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superitenden Suffian Abdullah berkata operasi SAR akan disambung semula pada 8.00 pagi, hari ini.

“Operasi SAR 12 lagi mangsa tanah runtuh ditangguhkan sementara waktu ekoran hujan malam ini,” katanya.

(Anggota bomba dalam misi mencari dan menyelamat
ketika tinjauan di lokasi kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm Batang Kali)

Setakat malam tadi, 12 orang masih dilaporkan hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu. - BERNAMA

Media Baharu