fb fb fb fb fb

PM rai kunjungan Profesor Dr Syeikh Jamal Farouk Jibreel

KUALA LUMPUR, 17 Disember - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan kunjungan Profesor Dr Syeikh Jamal Farouk Jibreel, tokoh dari Universiti Al-Azhar, Mesir di Seri Perdana, Putrajaya.

Pertemuan itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Na’im Mokhtar, katanya menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, semalam.

Beliau berkata mereka sempat berbincang perihal pendidikan tinggi Islam khususnya pengukuhan jalinan hubungan Malaysia dengan Universiti Al-Azhar yang kini menempatkan 6,204 pelajar negara ini.

Perdana Menteri menekankan bahawa adalah menjadi misi pentadbiran beliau untuk menjelmakan nilai akhlak dalam tata laksana kenegaraan.

(FOTO FB ANWAR IBRAHIM)

Ia selari selari dengan kuliah Jamal Farouk bertajuk 'Peranan Akhlak dalam Pembinaan Negara' semasa kunjungan itu.

Media Baharu