SEREMBAN, 13 Disember - Seramai 500 peserta menyertai Program Fun Run FRU sempena Sambutan Ulang Tahun ke-70 Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, acara itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pasukan keselamatan dan komuniti setempat, selain menyemarakkan sambutan pasukan tersebut.
"Pada pagi ini, acara kemuncak sambutan ulang tahun ke-70 Unit Simpanan Persekutuan ialah penganjuran Fun Run. Selain itu, pelbagai aktiviti dan perkhidmatan turut disediakan kepada orang awam, termasuk tawaran diskaun pembayaran saman sebanyak 70 peratus.
"FRU merupakan elemen penting dalam PDRM sejak tahun 1955 dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelepasan peserta FRU 70th FitRun 2025 yang disempurnakan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun di sini.
Selain acara utama tersebut, turut diadakan pameran dan perkhidmatan pelbagai agensi termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kerjaya serta kaunter perkhidmatan awam.