JOHOR BAHRU, 18 Januari - Kira–kira 1,000 penganut agama hindu hadir ke Kuil Arulmigu Sri Balasubramaniar Skudai, bagi menyambut perayaan Thaipusam yang bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.
Seramai 300 penganut hadir pada sesi pagi dengan hanya 50 penganut dibenarkan memasuki kuil setiap satu jam.
Tinjauan RTM mendapati beberapa petugas kuil, termasuk pihak berkuasa memantau Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam kalangan penganut yang hadir termasuk semasa menjalankan upacara mencukur rambut.
"Bagaimanpun keadaan hari ini memang baik, semua orang tunaikan mereka tidak ada sebarang masalah. Kita pun ada banyak ikut SOP iaitu mereka mesti pakai pelitup separuh muka dan juga lain-lain pun ikut apa yang diarahkan oleh kerajaan'' kata K. Sekaran, Naib Pengerusi Kuil di sini.
Perarakan Kavadi dijadualkan berlangsung pada pukul 6 petang yang disertai 52 penganut melibatkan lima perhentian, sejauh kira–kira tujuh kilometer.
Kuil tersebut adalah salah satu daripada 26 kuil yang dibenarkan menganjur perayaan Thaipusam di sini.
Selain antara salah satu daripada tujuh kuil yang dibenarkan menjalankan upacara perarakan kavadi.