fb fb fb fb fb

Sambutan terhadap jelajah AKM Terengganu amat menggalakkan -Radzi

(Radzi (dua kanan) di jelajah AKM Terengganu)

KUALA NERUS, 3 Jun- Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang diadakan di Terengganu selama tiga hari bermula semalam mendapat sambutan menggalakkan. 

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, ia dibuktikan dengan kedatangan ribuan pengunjung yang berada di setiap acara AKM yang diadakan di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu. 

Katanya sebagai kementerian yang menerajui siri Jelajah AKM di Terengganu, beliau berpuas hati dengan sambutan yang diterima daripada masyarakat.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk program berbasikal sejauh 25 kilometer bersama 800 penduduk.

(Radzi di segmen #tanyaDRJ di reruai KPM)

"Kehadiran pengunjung amat menggalakkan, ramai memenuhi setiap acara dan reruai yang dilaksanakan termasuk oleh Kementerian Pendidikan (KPM) yang menjadi peneraju bagi siri jelajah kali ini.

"Pagi tadi pun acara ‘Fun Ride’ dan pelbagai lagi aktiviti dijalankan menerima kehadiran yang ramai. Juga semasa segmen #tanyaDRJ di reruai KPM ramai yang bertanyakan soalan kepada saya.

"Alhamdullilah, jika kita tengok sambutan secara keseluruhannya adalah amat baik kalau boleh tengok reruai untuk tanya soalan pun ramai lagi mahu bertanya tapi masa tiada dan selepas ini saya akan ada satu lagi program bersama dengan kepimpinan pendidikan seramai 500 orang untuk bercakap tentang perkara semasa tentang bidang pendidikan.

"Jadi apa yang dapat saya katakan sambutan diberikan masyarakat secara keseluruhannya amat baik,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan segmen #tanyaDRJ di reruai KPM di Jelajah AKM Terengganu di Kompleks Sukan Negeri, di sini hari ini.

Radzi berkata pihaknya menjangkakan kedatangan pengunjung yang lebih ramai pada esok memandangkan cuti hujung minggu dan akan lebih meriah dengan  kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan merasmikan Majlis Penutupan Jelajah AKM Terengganu.

Media Baharu