fb fb fb fb fb

Bekalan ubat terkawal, rakyat dinasihat jangan panik - Azmi

(GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR, 4 Jun - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik bagi ubat-ubatan kerana kekurangan yang berlaku tidak serius, malah hanya melibatkan jenama tertentu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya memberi jaminan bekalan ubat-ubatan dalam negara secara amnya masih terkawal.

(Datuk Dr Noor Azmi Ghazali ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Bulan Pemakanan
Malaysia peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) di Balakong)

"Kita perlu faham bahawa keberkesanan ubat-ubatan untuk merawat sesuatu penyakit adalah sama tanpa mengira jenama ataupun syarikat pengeluar.

"Contohnya, untuk penyakit darah tinggi ada banyak jenama. Ada yang dipatenkan, ada yang generik dan semua itu berkesan kerana jika ubat jenama A tiada, boleh ganti dengan ubat jenama B," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Bulan Pemakanan Malaysia peringkat Kementerian Kesihatan (KKM), di sini.

Tambah Azmi, KKM sentiasa memantau situasi itu dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak cuba mengambil kesempatan memanipulasikan harga ubat-ubat di pasaran.

 

BERITA BERKAITAN : Tiada gangguan bekalan ubat - KKM

Media Baharu