JOHOR BAHRU, 20 Oktober -Lebih 3,000 penganut agama Hindu di Johor mengujungi Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam, bagi melaksanakan upacara sembahyang sempena perayaan Deepavali.
Bendahari Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam, S. Murali berkata, kehadiran mula meningkat seawal pukul 7.00 pagi apabila para penganut dari kawasan sekitar hadir untuk menunaikan ibadah dan memeriahkan perayaan.
Sambutan kali ini amat meriah dengan pelbagai persiapan rapi dijalankan termasuk penyediaan manisan tradisional seperti ladu untuk para pengunjung
Bendahari kuil, S. Murali berkata, pihak kuil turut menyediakan manisan tradisional seperti ladu kepada para pengunjung sebagai simbol kemanisan dan kegembiraan sempena perayaan itu.
"Daripada pihak kuil memang kita akan sediakan manisan sebab manisan paling penting untuk hari Deepavali, sebab apa yang kita untuk memulakan satu hari sambutan Deepavali kita kena ada manis yang akan memberi kegembiraan kepada pengunjung," kata S Murali.
"Saya campuran Indonesia dan India. Saya sangat gembira dan diberkati sebab tahun ni saya dapat menyambut bersama keluarga saya," Diva Clara.
"Sekarang saya dekat kuil saya sambut Deepavali, pagi-pagi lagi saya ke sini untuk bersembahyang. Banyak perkara yang saya dapat capai dan saya bersyukur," C Sundaresan.
Kuil Arulmigu Rajamariamman Devasthanam berusia 114 tahun itu menjadi tumpuan penganut Hindu di Johor Bahru setiap kali tiba musim perayaan.