fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Laut Sedunia Peringkat Labuan di Pulau Rusukan Besar

FOTO RTM

LABUAN, 17 Oktober- Seramai 60 peserta telah menjayakan sambutan Hari Laut Sedunia Peringkat Labuan yang diadakan di Pulau Rusukan Besar.
 
Para peserta terdiri daripada pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML), pegawai Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) dan Muzium Labuan.
 
Pengarah Muzium Labuan, Muhammad Azam Adnan berkata, bertemakan “One Ocean, One Climate, One Future – Together!” program dianjurkan untuk menjaga kelestarian ekosistem laut di perairan Labuan.
 
Ia juga merupakan satu usaha untuk menyokong aktiviti kempen kesedaran bagi melindungi lautan selain mendidik masyarakat untuk menjaga kebersihan alam sekitar sekaligus menjamin keseimbangan ekosistem marin.
 
Beliau berkata demikian pada Program Hari Laut Sedunia 2024 anjuran Jabatan Muzium Labuan.
 
Antara pengisiannya, lawatan ke Pusat Konservasi Penyu dan Galeri Pameran Taman Laut, Eksplorasi World Oceans Day 2024 dan Beach Clean Up yang berjaya mengumpulkan sebanyak 50 kilogram sampah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE