fb fb fb fb fb

Sambutan Aidilfitri: Ruang erat silaturrahim, ketepikan perbezaan

Foto fail

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Sambutan Aidilfitri menjadi ruang terbaik buat rakyat Malaysia bagi mengeratkan silaturrahim serta mengenepikan perbezaan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pada masa sama menjadi platform terbaik memperkukuh semangat perpaduan dan harmoni.

"Aidilfitri ruang terbaik untuk kita eratkan silaturrahim ketepikan perbezaan, saling bermaafan dan harmonikan semua keadaan serta bina sebuah negara yang MADANI dan mempunyai sifat dan semangat ihsan terhadap semua rakyatnya.

"Harapan saya kita ambil ibrah dan ganjaran daripada tarbiah madrasah Ramadan sepanjang tahun dan berusaha sedaya upaya eratkan perpaduan rakayat," kata Fahmi ketika ditemui pemberita, di sini.

Bagi Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy perayaan merupakan landasan bagi memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

"Perayaan jadi platform untuk kita memperkuatkan semangat perpaduan dan semangat hamroni dan memberi peluang kita belajar budaya dan cara gaya hidup pelbagai kaum," kata K Saraswathy.

"Saya rasa  ketegangan yang dinaikkan oleh pihak tertentu yang menaguk diair keruh, ambil kesempatan. Kita perlu selesaikan permasalahan dengan baik," kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

TETITIA YUSOFF