RUU Koroner, perkemas siasatan kematian, tetapkan SOP lebih jelas

Foto BERNAMA

Kuala Lumpur, 3 September – Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Koroner dijangka dapat memperjelas kes kematian, termasuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) serta tatacara yang lebih jelas bagi siasatan kematian.

RINGKASAN BERITA AI
  • RUU bertujuan memberi kefahaman dan kejelasan proses berkaitan kematian bersama peruntukan undang-undang sedia ada.
  • RUU direka untuk membantu keluarga mendapatkan jawapan berhubung sesuatu kematian tanpa terpaksa mencari maklumat sendiri.
  • Maklumat kadang-kadang disembunyikan atas alasan rahsia rasmi, menyukarkan keluarga mendapat penjelasan.
  • Matlamat utama: wujudkan kerangka undang-undang jelas, sistem Koroner tersusun bebas telus, serta memperjelas tanggungjawab pihak.

Bagi tujuan berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RUU berkenaan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.

“Dengan adanya akta ini, ia akan dapat berfungsi bersama-sama dengan peruntukan undang-undang sedia ada, sekali gus memberikan lebih banyak kefahaman dan kejelasan mengenai proses berkaitan kematian. Rang undang-undang ini adalah untuk rakyat, khususnya keluarga yang mahukan jawapan berhubung sesuatu kematian.

“Kita berharap dengan adanya akta ini, Prosedur Operasi Standard (SOP) tertentu dapat diwujudkan supaya persoalan yang timbul dapat dijawab dengan lebih jelas.

“Kita tidak mahu apabila berlaku sesuatu kematian, keluarga terpaksa mencari-cari jawapan. Ada kalanya maklumat tidak diberikan dengan alasan ia merupakan rahsia rasmi,” katanya selepas merasmikan Majlis Tinjauan Pendapat Awam Mengenai Penggubalan Rang Undang-Undang Koroner di Asian International Arbitration Center (AIAC) di sini.

Tambah Datuk Seri Azalina, undang-undang khusus mengenai Koroner dipertimbangkan dengan tiga matlamat utama, iaitu mewujudkan kerangka undang-undang yang jelas dan menyeluruh, membentuk sistem Koroner yang lebih tersusun, bebas dan telus, serta memperjelas tanggungjawab setiap pihak apabila sesuatu kematian dilaporkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.