fb fb fb fb fb

RUU cekap tenaga dibentang di Parlimen tahun ini

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 25 Mei- Rang Undang-Undang (RUU) Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) akan dibentangkan di sidang Parlimen tahun ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat menguruskan penggunaan tenaga mereka bagi mengurangkan pembaziran.

"Ia bukan sahaja membantu mengawal kecekapan dan pemuliharaan tenaga tetapi juga mendorong masyarakat mengadaptasikan penggunaan peralatan dan perkakas elektrik yang lebih efisien sekaligus mampu mengurangkan pembaziran tenaga,"katanya.

Mac lalu, Nik Nazmi memaklumkan draf RUU ECCA masih dalam proses kajian di peringkat kementeriannya sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

Menurut analisis Suruhanjaya Tenaga, pelaksanaan akta ini mampu menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 1,447 juta giga joule atau 258.4 juta tan pelepasan karbon, bersamaan penjimatan RM71.24 bilion bagi tempoh 16 tahun.


(Nik Nazmi Nik Ahmad berucap pada perasmian 'Seminar on Sustainability Leadership 2023')

Media Baharu