fb fb fb fb fb

Rundingan MOU pengambilan pekerja asing babitkan empat negara

PUTRAJAYA, 1 Mac - Kementerian Sumber Manusia (KSM) kini dalam peringkat akhir rundingan untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan pekerja warga asing dengan Vietnam, Kemboja, India dan Sri Lanka, yang tamat tempoh semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menterinya, Datuk Seri M.Saravanan berkata pihaknya juga kini dalam proses memuktamadkan Memorandum Persefahaman MoU berkaitan Pekhidmatan Domestik Indonesia (PDI) selepas mendapat lampu hijau daripada Kabinet pada 23 Februari lepas.

(Datuk Seri M.Saravanan)

"November lepas, MoU dengan Bangladesh telah berjaya ditandatangani. Sejak 2003, Kementerian Sumber Manusia telah memeterai MoU serupa dengan 10 negara sumber," katanya.

Tambahnya, pihak KSM turut mencadangkan pelaksanaan eWages sebagai sistem pemantauan gaji membabitkan pekerja asing.

"Inisiatif eWages akan dilaksana dalam masa terdekat bagi memantau pembayaran gaji yang cepat kepada pekerja asing dan cadangan itu telah dipersetujui oleh Kabinet pada 12 Januari lepas," katanya.

Media Baharu