fb fb fb fb fb

Permohonan subsidi untuk penternak ayam pedaging, penelur dibuka sehingga 6 Jun

HULU SELANGOR, 28 Februari - Kerajaan membuka permohonan subsidi untuk penternak ayam pedaging dan ayam penelur bermula hari ini sehingga 6 Jun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI),Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata RM528.52 juta diperuntukan kepada 2,255 penternak bagi membantu menanggung kos pengeluaran susulan peningkatan harga makanan haiwan ternakan itu.

(Datuk Seri Dr Ronald Kiandee)


"Untuk melihat perkembangan industri ayam dan telur negara bagi memastikan kita kembali ke kapasiti maksima pengeluaran dan tidak bergantung pada import ayam beku dari luar," katanya kepada pemberita selepas melawat ladang penternak ayam penelur dan ayam pedaging di sini.

Katanya, Kadar pemberian subsidi sebanyak 60 sen bagi setiap kilogram bagi ayam pedaging dan lima sen sebiji bagi telur gred A, B dan C.

Tambahnya, permohonan subsidi boleh dibuat di pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang terdekat dengan ladang penternak.

Media Baharu