fb fb fb fb fb

Konflik Rusia-Ukraine, 9 rakyat Malaysia bersama 2 tanggungan tiba di KL hari ini

(Foto Facebook Saifuddin Abdullah)

KUALA LUMPUR, 1 Mac - Sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka yang dibawa keluar dari Kiev, Ukraine kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seorang warga Singapura turut dibawa keluar bersama-sama konvoi rakyat Malaysia ke Poland.

"Alhamdulillah sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka telah pun selamat dibawa keluar dari Kiev, Ukraine dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

"Atas dasar persahabatan dan diplomatik, kita juga membantu membawa keluar seorang warganegara Singapura bersama-sama rombongan rakyat Malaysia ke Poland," katanya dalam hantaran di Facebook rasminya, semalam.

(Gambar Fail)

Ismail Sabri turut menghargai ucapan terima kasih daripada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur kerana membantu rakyat negara itu keluar dari Kiev.

Katanya, kerajaan Malaysia sentiasa meraikan keakraban kedua-dua negara dan mengajak negara republik itu untuk bekerjasama sebagai keluarga ASEAN.

“Kita tempuhi bersama sebagai satu keluarga dan bekerja bersama sebagai satu keluarga ASEAN,” katanya.

Media Baharu