fb fb fb fb fb

Rumah baharu penduduk terjejas insiden kepala air di Baling dibina di Kampung Sadek

BALING, 9 Julai- Sejumlah 29 penduduk terjejas akibat insiden kepala air di Kampung Iboi, di sini yang mengalami kerosakan teruk rumah dan kediaman dihanyutkan air akan ditempatkan di tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kampung Sadek.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia melibatkan penduduk terjejas yang mendirikan rumah di atas tanah rizab sungai.

"Bagi yang mempunyai tanah sendiri boleh membina rumah di atas tanah masing-masing," katanya ketika berucap pada majlis menerima sumbangan untuk penduduk terjejas banjir daripada kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu di Kompleks PAS kawasan Baling di sini.

(Antara kediaman penduduk yang terjejas akibat insiden kepala air di Baling)

Tambah beliau, perbincangan mengenai kaedah pelaksanaan inisiatif berkenaan sedang dilakukan bersama pihak KEDA.

Media Baharu