fb fb fb fb fb

RPM Platform Markets APAC buka kilang baharu lebih besar di Serendah

Saptak Roy berucap pada majlis majlis pelancaran kilang baharu RPM Platform Markets APAC, di Serendah

SERENDAH, 11 Julai- Penyedia produk pembinaan dan salutan, RPM Platform Markets APAC, menjangkakan kapasiti pengeluaran cecair dan serbuknya meningkat sehingga tujuh kali ganda selepas penubuhan kilang baharunya di Serendah .

Pengarah Urusannya, Saptak Roy berkata, kedudukan Malaysia yang strategik di tengah-tengah Asia Tenggara sangat sesuai untuk hab pembuatan serantau kumpulan itu di Asia Pasifik

Ini ditambah dengan infrastruktur yang dibangunkan dengan baik serta persekitaran yang mesra perniagaan.

"Melalui kilang ini dan unjuran pertumbuhan kami, kami juga berusaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk bakat tempatan dalam pelbagai bidang serta memupuk kerjasama dengan universiti tempatan untuk latihan pelajar dan aktiviti R&D,"katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kilang tersebut, di Serendah, Selangor.

Kilang baharu itu menggabungkan beberapa ciri mesra alam, termasuk sistem pemuliharaan air hujan,
pencahayaan LED, tangki pukal untuk penyimpanan cecair dan forklift elektrik untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Terletak di Taman Pembuatan Bernilai Tinggi UMW, kemudahan baharu itu adalah 3.5 kali lebih besar berbanding kilang sebelum ini di Kepong.

Menempatkan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri pembinaan serantau, kilang baharu tersebut akan mengeluarkan produk kimia pembinaan berkualiti tinggi untuk dieksport ke lebih 18 negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE